Ini adalah perkara-perkara yang perlu disemak oleh panel Jawantakuasa kelulusan bagi memproses dan meluluskan permohonan:

 TUJUAN

 Untuk memberi insentif kepada kontraktor/konsultan untuk menggunakan BIM dalam projek.

 SYARAT – SYARAT UTAMA PERMOHONAN (KONTRAKTOR/KONSULTAN)

Pemohon perlu memberikan bukti bagi memenuhi syarat permohonan yang berikut:

  1. Syarikat berdaftar di Malaysia;
  2. Memenuhi taraf SME;
  3. Terlibat secara langsung dengan projek pembinaan yang menggunakan BIM; dan
  4. Pengesahan projek pembinaan yang menggunakan BIM.

 DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN (KONTRAKTOR/KONSULTAN)

 Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh pemohon untuk memohon Skim Insentif BIM: 

  1. Mengisi borang permohonan;
  2. Menyediakan dokumen dan diperakui sah oleh Setiausaha Syarikat atau Pengarah Syarikat:
    • Salinan sijil SSM yang diperakui SAH;
    • Salinan laporan tahunan kewangan tahun sebelum (Rujuk Jadual 1);
    • Tiga (3) bulan caruman KWSP (Rujuk Jadual 1);
    • Salinan sijil CIDB yang diperakui SAH sekiranya kontraktor;
    • Surat tawaran kerja semasa yang menyatakan projek BIM serta surat pengesahan daripada pelanggan; dan
  3. Maklumat tiga (3) personel yang sesuai dan berkelayakan.
  4. Definasi SME:
KATEGORI KECIL SEDERHANA
Perkhidmatan dan Sektor Lain Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta ATAU daripada 5 hingga kurang daripada 30 pekerja. Jualan tahunan daripada RM3 Juta hingga tidak melebihi RM20 juta ATAU daripada 30 hingga tidak melebihi 75 pekerja.

Jadual 1

5. Syarikat perlu menghantar borang permohonan beserta dokumen sokongan mengikut urutan dan perlu dibukukan didalam tiga (3) naskah.

KEPUTUSAN PERMOHONAN 

  1. Keputusan permohonan mengambil masa selama empat belas (14) hari waktu bekerja;
  2. Surat tawaran akan dikeluarkan sekiranya permohonan berjaya;
  3. Jawatankuasa akan menilai permohonan berdasarkan syarat permohonan yang ditetapkan; dan
  4. Jawatankuasa berhak untuk mempertimbangkan permohonan yang wajar.