Jelajah BIM, MyCREST, INFRASTAR & QLASSIC 2019

Objektif Seminar

Seminar ini merupakan sebahagian daripada usaha CIDB sepanjang tahun 2019 untuk meningkatkan lagi kefahaman dan minat peserta industri pembinaan di Malaysia terhadap BIM, MyCREST, INFRASTAR & QLASSIC.

Fokus pembentangan adalah kearah memperkenalkan inisiatif BIM, MyCREST, INFRASTAR & QLASSIC kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Pemaju, Perunding dan Kontraktor serta kaedah adaptasi yang berkesan dengan kos yang efektif

Sertai kami untuk mengetahui tentang teknologi pembinaan terbaru serta inisiatif yang disediakan untuk kekal relevan dalam persaingan industri di bawah Malaysia Baru.

5 NEGERI

  1. Terengganu – Primula Beach Hotel : 26 Jun 2019
  2. Johor – Thistle Hotel : 17 Julai 2019
  3. Sabah – Sutera Harbour Kota Kinabalu : 5 September 2019
  4. Pulau Pinang – Olive Tree Hotel : 31 Oktober 2019
  5. Sarawak – Dewan Konvensyen CIDB Sarawak : 14 November 2019

 

  • Yuran RM 100, 15 Mata CCD
  • Layak untuk Mata CPD
  • Tempat adalah Terhad