CIDB lancar pusat myBIM | Kosmo Online
Studio myBIM yang dilancarikan CIDB hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid ia melibatkan pelaburan bernilai RM3 juta, pusat berkenaan membolehkan penggiat untuk membuat model dan melihat projek pembangunan dalam simulasi menggunakan BIM.
“Sistem BIM merupakan sebuah teknologi pemodelan untuk menghasilkan, menghubung dan menganalisis maklumat digital model-model sepanjang perkembangan projek pembinaan.
“Kelebihan menggunakan BIM dalam projek-projek pembinaan adalah banyak dan meliputi segenap rantai nilai pembangunan.
“Kemampuan untuk menganalisis ciri-ciri fizikal dan fizikal setiap elemen secara maya sebelun kerja-kerja pembinaan bermula membantu meningkatkan keberkesanan dan kualiti serta produktiviti keseluruhan proses pembinaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pusat myBIM yang disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Menara Sunway Putra dekat sini hari ini.
Pusat myBIM menyediakan kemudahan, peralatan dan perisian yang merangkumi bilik seminar dengan sistem audio visual yang lengkap bagi progran latihan serta akreditasi kemahiran.
Selain itu, CIDB turut menyediakan Studio myBIM yang dilengkapi stesen kerja BIM dengan kapasiti 22 orang serta Makmal myBIM yang tersiri daripada bilik latihan dengan panel sentuh yang besar dan 20 stesen kerja.
Ahmad ‘Asri berkata, kesemua perisian dan peralatan BIM di pusat berkenaa ditawarkan secara sewaan harian bagi membolehkan penggiat industri memanfaatkan teknologi BIM tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. – K! ONLINE
Oleh