BIM SPECIALIST APPRENTICESHIP PROGRAM

 

BIM SPECIALIST APPRENTICESHIP PROGRAM

Construction Industry Development Board (CIDB) dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan BIM UMP Holdings Sdn Bhd akan menganjurkan Program BIM Specialist Apprenticeship bermula pada 22 September ini bertempat di CIDB MyBIM Satellite Centre East Coast UMP Holdings. Program ini akan berlangsung selama 6 bulan.

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON?
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun – 28 Tahun
3. Masih belum bekerja
4. Lepasan graduan Diploma dan Sarjana Muda dalam bidang Architecture, Engineering & Construction (AEC)
5. Pengalaman & pengetahuan khusus berkaitan BIM tidak diperlukan

APAKAH KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI?
1. 6 Bulan latihan intensif yang melibatkan aspek teknikal dan ‘soft skill’
2. Latihan Pentauliahan CIDB BIM Modeller secara percuma yang melibatkan keempat-empat disiplin (Arkitek, Struktur, Mekanikal & Elektrikal)
3. Pendedahan perlaksanaan projek yang sebenar dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya(JKR) Malaysia
4. Pendedahan kepada Manual Proses kerja BIM berdasarkan Keperluan dan Piawaian JKR
5. Pendedahan kepada keperluan yang melibatkan data projek yang sebenar
6. Tips & Tricks bagi latihan teknikal
7. Penginapan termasuk elaun sebanyak RM1300/bulan

BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?
Sila hantarkan resume lengkap kepada alamat email yang tertera dibawah. Tarikh penting bagi memproses permohonan:

27 Julai – 15 Ogos 2019
Pemohon untuk menghantar resume melalui email kepada
ainiabdul@umpholdings.my

7 September 2019
Pemohon yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri temuduga di:
Tempat : Level 11, myBIM Centre, Menara Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

9 – 12 September 2019
Pemakluman kepada peserta yang berjaya.

22 September 2019 – 21 Mac 2020
Program bermula.

 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi pihak kami :
Pn. Nor Aini : 01116324658
En. Azreen : 0142971279